Thursday, October 13, 2011

Petua Untuk Penjagaan Rambut

Masalah Rambut Gugur
Rambut gugur juga boleh berlaku akibat jangkitan kulat pada kulit kepala. Jangkitan ini disebarkan haiwan seperti anjing, kucing, lembu dan tikus hamsters. Kebanyakan mamalia mempunyai kulat kulit yang hidup tanpa simptom tetapi ia boleh disebarkan kepada manusia. Ia menyebabkan keguguran rambut atau rambut kelihatan seperti tunggul sehingga menampakkan kulit kepala. Keguguran rambut juga berlaku selepas bersalin, jangkitan serius, penyakit kronik, psikologi, pembedahan, ubat dan diet kurang protein.
1. Pilih syampu untuk kulit kepala yang sihat.
2. Elakkan syampu 2 dalam 1.
3. Rambut tidak perlu disikat kecuali jika ingin mengemaskannya.
4. Syampu rambut setiap hari agar kulit kepala bebas daripada pembiakan bakteria.
5. Pastikan anda turut mengunakan pelembap rambut.
6. Urutan 5 minit pada kulit kepala dapat merangsang folikel bagi membolehkan pengeluaran rambut baru.
7. Buat rawatan kulit kepala sekurang-kurangnya 2 minggu sekali.

No comments:

Post a Comment